Tunggakan Tender Makan
Setiap hari, dapur Maahad Tahfiz An Nabawi tetap perlu berasap. Walaupun ramai ibu bapa dan para penaja istiqamah membantu, masih terdapat kekurangan dana apabila sebahagian yuran belum dapat dijelaskan. Akibatnya, bayaran kepada pembekal makanan kini tertunggak sebanyak RM70,000.
Kami merayu jasa baik para dermawan untuk bersama-sama membantu melunaskan tunggakan ini agar bekalan makanan kepada para huffaz tidak pernah terputus. Setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab anak-anak ini terus menghafaz al-Quran dalam keadaan yang tenang dan sempurna. Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. InsyaAllah.
RM 6,751.82
of RM 70,000.00
raised