TAJAAN BERBUKA PUASA MAAHAD TAHFIZ AN NABAWI TELEMUNG

TAJAAN BERBUKA PUASA MAAHAD TAHFIZ AN NABAWI TELEMUNG

🌙 JOM REBUT PAHALA RAMADAN! 🌙

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak Masjid Khadeejah Maahad Tahfiz Annabawi Kuala Terengganu sedang mencari tajaan dan sumbangan berbuka puasa bagi menjayakan:

✨ Majlis Berbuka Puasa Perdana
📅 06 Mac 2026
🕌 Masjid Khadeejah Maahad Tahfiz Annabawi Kg Pelam Telemung

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang memberi makan orang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahala orang tersebut sedikit pun.” 🤍

💝 Sumbangan dalam bentuk wang tunai amat dialu-alukan.
Selain itu, tajaan berbentuk makanan siap masak, kuih-muih, buah-buahan, air balang dan air mineral juga sangat dialu-alukan bagi memeriahkan dan mencukupkan juadah berbuka para pelajar tahfiz dan tetamu yang hadir.

Kit Cakna Asnaf

Kit Cakna Asnaf

إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقَـٰتِ وَأَقْرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًۭا يُضَـٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌۭ كَرِيمٌۭ 

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. - al-Hadid, ayat 18.

Kit Cakna Asnaf ialah kempen agihan bantuan kit dapur dan beras kepada keluarga asnaf di sekitar beberapa negeri. Sumbangan anda akan terus digunakan bagi pembelian barang keperluan dan agihan kepada penerima yang telah ditapis.

Lokasi : Kelantan, Terengganu, Kedah & Selangor
Pada : Setiap hari Jumaat bermula Syaaban hingga Ramadan
Sasaran : 30-100 asnaf per program
Harga : RM35 - RM100 per kit
Jenis infaq : Infaq umum, Fidyah dan Kaffarah

Kami boleh aturkan jenis agihan mengikut pilihan anda iaitu berupa kit dapur, pek beras dan makanan siap masak. Sila hubungi pegawai untuk pertanyaan : 014-9200024

Banjir Acheh

Banjir Acheh

Delegasi diketuai Ustaz Dr Ahmad Dusuki & Geng Ustaz akan berangkat ke Aceh bagi menyalurkan sumbangan ini pada 23 Disember 2025. Doakan semoga misi ini berjaya dan infaq kita semua dibalas dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat nanti, InsyaAllah.

Bayar Fidyah

Bayar Fidyah

Masukkan jumlah fidyah yang anda telah kira di kalkulator. Sistem pembayaran ini adalah telus & selamat.

Dana Baik Pulih Panel Elektrik MATAN Jerantut

Dana Baik Pulih Panel Elektrik MATAN Jerantut

UPDATE TERKINI PEMBAIKIAN PANEL ELEKTRIK MATAN JERANTUT
ISNIN, 13 OKTOBER 2025

Kami telah mendapatkan khidmat servis dan nasihat dari wireman bertauliah. Alhamdulillah, bekalan elektrik telah pulih buat sementara namun akan ON/OFF bagi memberi laluan proses pembaikian.

Kami membuat keputusan untuk menuruti nasihat wireman supaya menukar dan upgrade sistem wayar di seluruh maahad kerana ada kawasan yang dah uzur dan perlu di upgrade kerana penambahan barangan elektrik disekolah terutamanya seperti peti, pam air dan sebagainya.

Kos meningkat.

Sehubungan dengan itu, kos upgrade dan baikpulih telah meningkat dengan anggaran sebanyak RM15-RM20k.

Kami membuka peluang untuk para dermawan untuk turut serta membantu dalam menampung kos baik pulih ini.

🕌 Setiap sumbangan anda adalah sedekah jariah yang menerangi jalan ilmu para huffaz Al-Quran.

Sumbangan Tunggakan Tender Makan 2024

Sumbangan Tunggakan Tender Makan 2024

Borang sumbangan ini bertujuan mengumpul dana untuk pembayaran tender makan yang tertunggak akibat kekurangan tajaan pelajar asnaf yang belajar secara percuma di Rangkaian Maahad Tahfiz An Nabawi. 

Sedikit bantuan kalian membawa sejuta makna buat kami.

Semoga setiap sen yang kalian infaqkan mengalirkan pahala yang berpanjangan buat diri, keluarga dan arwah yang tersayang, InsyaAllah.

Bersama Melahirkan Generasi Al-Quran.

Loading...